PROGRAM DERMAGA BERLANGSUNG CEMERLANG DI SMKA KIMANIS, PAPAR

August 26, 2022
editor@abim

PROGRAM DERMAGA BERLANGSUNG CEMERLANG DI SMKA KIMANIS, PAPAR

7hb Ogos 2022: Alhamdulillah Tim DERMAGA dan HELWA ABIM telah berada di SMKA Kimanis, Papar untuk program Jelajah DERMAGA Siri 1.0. Program disertai oleh 413 orang peserta dari kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

Program ini memberi pendedahan tentang perkembangan, potensi dan masalah remaja, kesalahan jenayah seksual, penyakit kelamin, isu zina dan abstinen (menahan diri daripada seks sebelum nikah). Tiga orang penceramah yang terlibat adalah Puan Nurazimah binti Bongoh, Puan Nurhamiezrah binti Midin dan Puan Fairuz As Saadah binti Sulaiman.

Cenderahati disampaikan oleh puan pengetua, Puan Zainab binti Datuk Hj. Ahmad. Tim DERMAGA amat mengalu-alukan sekiranya ada sekolah yang ingin menjemput untuk melaksanakan program Jelajah DERMAGA ini.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR