PROGRAM LATIHAN KEJURULATIHAN TUNAS DIRIKU PERMATA BERHARGA BERJALAN DENGAN CEMERLANG

June 29, 2022
editor@abim

PROGRAM LATIHAN KEJURULATIHAN TUNAS DIRIKU PERMATA BERHARGA BERJALAN DENGAN CEMERLANG

Alhamdulillah, pada 17-19hb Jun 2022 (Jumaat-Ahad), telah berlangsung Program Latihan Kejurulatihan Tunas Diriku Permata Berharga (DERMAGA) anjuran ABIM Pusat di Days Hotel & Suites by Wyndham Fraser Business Park Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk memberi latihan dan melahirkan jurucakap modul DERMAGA yang seterusnya boleh berkongsi maklumat ini kepada komuniti dan golongan kanak- kanak yang berusia 7-12 tahun tentang langkah kesihatan reproduktif dan langkah penjagaan diri.

Saling membentuk kumpulan sokong bantu; kumpulan pakar rujuk, kumpulan penasihat, kumpulan penyampai dsb dan saling menguatkan kerana kita sama-sama yakin, keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab kita bersama.

Akademi DERMAGA justeru memperkenalkan barisan pemudahcara bagi program-program pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR