Ramadhan Ruang Perkukuh Keharmonian Antara Kaum

June 3, 2017
editor-media

Berbeza agama bukan halangan berkongsi nikmat Ramadhan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) menjadikan majlis berbuka puasa sebagai acara tahunan, yang bertujuan memupuk keharmonian, selain memberi kefahaman sebenar tentang keindahan, kemurnian serta kesyumulan Islam.

Objektif program ini ialah meraikan permintaan dan permohonan rakan agama lain agar diadakan majlis untuk mereka melihat sendiri umat Islam mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan. “Majlis Berbuka Puasa Muhibbah” ini dianjurkan dengan mematuhi nilai-nilai dan adab yang bersesuaian — kebiasaanya dibuat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Besi, Presint 3, Putrajaya.

 

Dalam pada masa yang sama juga, program ini turut dijadikan wadah untuk menunjukkan sokongan rakyat Malaysia (tanpa mengira fahaman) kepada isu kezaliman melibatkan masyarakat Syria, Gaza dan Rohingya. Turut pernah dianjurkan, sesi memperingati kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Program penuh bermakna ini kebiasaannya turut dihadiri oleh Imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta wakil Masjid; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Exco; wakil komuniti Sai Baba; Council of Churches Malaysia (CCM); Buddhist Vihara, serta Hindu Sanggam Council. Sejelasnya, Ramadhan adalah peluang untuk merapatkan persefahaman dan berdakwah untuk keharmonian agama dan kaum. Sungguh, Al-Islam Rahmatun Lil ‘Alamin – Islam adalah Rahmah buat sekalian alam.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR