ResQ Hewi PKPIM Sedia Bimbing Pelajar-Pelajar Di Sekolah

January 22, 2018
editor-media

4hb Januari 2018: Alhamdulillah, pimpinan Hal Ehwal Siswi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( HEWI PKPIM) telah berjaya menganjurkan program Remaja Sahsiah Berkualiti (ResQ) bersama pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 di SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang. ResQ merupakan satu program anjuran HEWI PKPIM yang bertujuan untuk membina generasi muda, yang bukan sahaja cemerlang daripada segi keperibadiannya, tetapi juga cemerlang daripada segi kecaknaan berkenaan isu semasa.

Antara perkara yang ditekankan oleh Sdri. Fatin Nabilah Azlan Naib Presiden (HEWI), adalah berkenaan pergaulan sosial lelaki dan perempuan serta penggunaan media sosial yang betul. Sdr. Iman Abdul Khudus, Setiausaha Agung PKPIM telah dijemput untuk memperkenalkan PKPIM kepada para peserta semasa program tersebut.

Pengenalan PKPIM tersebut dibuat untuk menanamkan semangat #HidupBiarBerjasa pada para pelajar semenjak di zaman persekolahan lagi. PKPIM bersedia untuk menerima jemputan mana-mana sekolah atau institusi, untuk memberikan penerangan berkaitan gerakan pelajar paling lama di Malaysia ini. Semoga kita berjaya mendidik generasi millenial yang baik peribadi dan juga cemerlang dengan isu semasa.                                           

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR