Semangat "Mission Driven" Asas Kepada Aktivis ABIM & Wadah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Semangat “Mission Driven” Asas Kepada Aktivis ABIM & Wadah

7hb April 2018 (Sabtu): Alhamdulillah, Majlis Perasmian Sekretariat WADAH dan ABIM Perak telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH. Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim turut menyampaikan ucapan dan meluncurkan buku karangan Ustaz Hasri Harun. Antara sejarah kekuatan ABIM ialah kejayaannya membina kader-kader dakwah dalam kalangan generasi muda yang kental idealisma perjuangannya. Semangat ‘Mission-driven’ dan bukannya ‘Career-driven’ menjadi asbab mereka menubuhkan sekolah swasta Islam di seluruh negara. Yayasan Anda (Kuala Lumpur), Institut Masriah (Bukit Mertajam), Institut Sofa (Ipoh), Yayasan Budi (Kota Kinabalu), Institut Fajar (Pahang), Institut Berakan (Kuala Terengganu), Yayasan Salman (Sungai Petani) adalah antara manifestasi idealisma perjuangan generasi muda tahun 70an. Mereka menolak tawaran lumayan kerja kerajaan maupun swasta demi misi perjuangan tercinta sedangkan kebanyakan mereka adalah dari keluarga miskin.