Seminar SToP: Sekeluarga Tolak Pornografi di Sabah
22 Januari 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung ‘Seminar SToP “Sekeluarga Tolak Pornografi’ di Sabah anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Cawangan Negeri Sabah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ABIM Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang memberikan ilmu dan panduan kepada Ibu bapa langkah intervasi kepada bahaya pornografi.
Antara lain, program ini mengupas apakah cara untuk keluar dari ketagihan pornografi serta panduan untuk menolak pornografi dalam rumahtangga.
Terima kasih yang hadir secara fizikal, Youtube dan melalui FB Live SALWA Sabah. Moga program ini dapat memberikan manfaat kepada yang menyertai seminar ini.
Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti