Siri Diriku Permata Berharga (DERMAGA) Bakal Digerakkan Ke Seluruh Negeri Johor - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Siri Diriku Permata Berharga (DERMAGA) Bakal Digerakkan Ke Seluruh Negeri Johor

DERMAGA pertama bagi tahun 2019 telah diadakan pada 14-15 Februari 2019 di SMA Annur, Pontian, Johor. Program ini anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dengan kerjasama ABIM Johor. Seramai 123 orang pelajar telah turut serta dari kalangan pelajar tingkatan 4 hingga 6. Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian Tn. Hj. Zaidi bin Ahmad. Turut hadir Pegawai YPKDT, En. Zulfahmi dan En. Zoolhilmi Ahmed, Yang Di Pertua ABIM Daerah Pontian. Program ini akan diadakan sebanyak 12 siri di seluruh negeri Johor. Semoga program-program akan datang berjalan lancar dan dirahmati Allah.