27 Januari 2018, Sabtu, Nilai:- Majlis Perasmian Sekolah Sri Seremban (Cawangan Nilai) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Raimi Presiden ABIM. Sekolah ini telah beroperasi sejak awal Januari 2018 dan telah memulakan sesi pembelajaran pada tahun ini. Turut hadir adalah Tuan Hj Abdul Rahman Yasin (Ketua Pengarah YTP), Tn Hj Khalil Jali CEO Sekolah Sri Seremban & Tn Hj Mohd Mazlan Suleiman dari LPS Sekolah Sri seremban yang juga turut menyampaikan sumbangan untuk pembangunan prasarana sekolah ini.
Tahniah buat pimpinan jemaah ABIM N.9, WADAHN9 dan PPINS atas komitmen semua bagi merealisasikan hasrat penubuhan sekolah ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada LPS sekolah ini serta warga pendidik sekolah yang begitu komited dengan tugasan serta ucapan terima kasih kepada ibubapa penjaga yang sering menghulurkan bantuan untuk membangunkan sekolah ini. Syabas buat semua.