Syarahan Capita Selecta :- Mengungkap Magnum Opus Bapak Muhammad Natsir - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Syarahan Capita Selecta :- Mengungkap Magnum Opus Bapak Muhammad Natsir

Isnin (31hb Julai 2017): Alhamdulillah, Sdr. Hadi Nur Ramadhan telah mengisi Program Syarahan Capita Selecta: Mengungkap Magnum Opus Bapak Muhammad Natsir di Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang. . Beliau merupakan anggota Pusat Kajian dan Majelis Fatwa Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) dan Pengasas Pusat Dokumentasi Islam Indonesia, Tamaddun. . Sdr. Hadi menekankan bahawa ‘dakwah itu adalah misi, dan bukannya profesi.’ . Dakwah, menurut beliau, tidak boleh seperti menabur pasir ke langit pada waktu malam, di mana desirannya didengari, tetapi tidak melekat ke bambu (buluh). Dakwah mesti mempunyai kesan dan impak yang tersendiri, tegas beliau. . Sepanjang berada di Malaysia, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas para pimpinan serta aktivis WADAH-ABIM-PKPIM.