Syariah Adalah Melakukan Perkara Yang Baik Dengan Cara Yang Betul - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Syariah Adalah Melakukan Perkara Yang Baik Dengan Cara Yang Betul

30hb Mac 2017 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz​ tampil bersiaran dalam program Agenda AWANI dengan topik “Memahami Rang Undang-Undang 355” bersama Dr. Pamela Yong (MCA Sabah) dan Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar. Sdr. Faisal menyatakan dengan jelas, “Syariah itu bukan hanya melakukan perkara yang baik, tetapi melakukan perkara yang baik dengan cara yang betul; kerana undang-undang itu impak dan kesan pasti akan memberi kesan kepada masyarakat secara menyeluruh.” Rakaman tersebut boleh ditonton di sini:

Beliau turut menghadiahkan naskah terbitan ABIM dan Ilham Books, ‘Hududisme: Antara Retorik Dan Realiti’ hasil suntingan Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Exco ABIM Pusat. Sejelasnya, fenomena Hududisme yang tidak diseimbangi dengan pendekatan wasatiyah akhirnya mampu mencetuskan kembali gejala takfiri iaitu kafir-mengkafir, perpecahan umat dan perbalahan yang merugikan. Walaupun tidak dinafikan bahawa hudud adalah sebahagian daripada tuntutan Syariat, tetapi ia perlu diusahakan secara bijaksana dengan mengambil pendekatan yang lebih berhikmah; mengambil kira semua faktor dalam konteks perundangan, politik, ekonomi dan sosio-budaya masyarakat. – .