Temasya Sukan Taski Kuala Langat - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Temasya Sukan Taski Kuala Langat

Pada hari ini, sahabat-sahabat guru, anak-anak dan ibu bapa TASKI ABIM Daerah Kuala Langat, dalam Temasya Sukan Tahunannnya kali ini. Kali ini, tetamu kami, mantan YDP ABIM Daerah Kuala Langat, Cikgu Khairudin Abas, yang kini berkhidmat sebagai Naib Presiden (Pendidikan Dan Latihan) ABIM. Tidak hadir semata-mata sebagai VIP perasmi majlis, beliau juga dikerah sebagai juri acara perbarisan dan beberapa acara permainan. Tidak ketinggalan, para sukarelawan yang diketuai Sdr. Muslim Hashim, memeriahkan suasana dengan celoteh dan sumbangan khidmat bakti yang melancarkan program ini pada hari ini.Tahniah pada semua pendidik dan sukarelawan TASKI ABIM Al Amin Bandar Seri Ehsan, TASKI ABIM Taman Langat Murni, dan TASKI ABIM Kg Bukit Changgang yang bertungkus-lumus menyediakan murid dalam setiap acara.