TMJ Turun Padang Sertai Program Bersih Sungai Di Johor Bahru.

February 18, 2019
editor-media

10hb Februari 2019: Alhamdulillah, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda berangkat menghadiri Program Anak Muda Bangsa Johor (TEMASHOR) daerah Johor Bahru yang diadakan di Kampung Sungai Melayu Tebrau, Bakar Batu, Johor Bahru. Dalam program anjuran Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) ini, baginda turut bersama-sama para belia serta sukarelawan melakukan kerja gotong-royong membersihkan sungai di kawasan tersebut.

Program tersebut secara tidak langsung mengajak serta mendidik masyarakat untuk menghargai alam sekitar dan tidak membuang sampah sarap sewenang-wenangnya sekaligus memupuk kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan. Turut diadakan, dialog mengenai idea masa depan belia dan negara antara TMJ dan para belia, diketuai oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), yang juga mantan Naib Presiden ABIM.

Kata DYAM TMJ : “Planning or ideas without implementation is merely hallucination”. Projek Komuniti Cinta Sungai wajar diteruskan dan penjagaan sungai harus dibudayakan. Tahniah Majlis Belia Negeri Johor dan terima kasih atas jemputan.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo