TOT DERMAGA Sasar Perlaksanaan Program Di KL-Selangor - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

TOT DERMAGA Sasar Perlaksanaan Program Di KL-Selangor

Alhamdulillah, berakhir Latihan Kejurulatihan Dermaga yang dianjurkan secara bersama oleh ABIM WP dan ABIM Selangor pada 6-7 Mei lalu. Mengumpulkan lebih 20 jurulatih yang bersedia turun lapangan bagi proses pendidikan tidak formal dalam isu pendidikan reproduktif remaja. Oh ya, ABIM menawarkan khidmat program pendidikan ini kepada mana-mana sekolah mahupun pusat tumpuan komuniti termasuklah masjid atau surau dalam zon Selangor dan WP yang besar hati untuk bersama dalam program pendidikan remaja masing-masing. Hubungi kami ya! Fakta tentang DERMAGA – Diriku Permata Berharga.¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat yang betul berkaitan kesihatan reproduktif kanak-kanak dan remaja. ¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri. ¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membantu remaja mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri. ¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan – ‘informal social control’ melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak. ¤ DERMAGA hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli salam masyarakat.