
16 April 2026 – Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Dr. Abdul Halim El-Muhammady, mantan Timbalan Presiden ABIM (1987-1995) dan Penasihat Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 12.14 tengahari tadi.
Allahyarham Dr. Abdul Halim mendapat ijazah syariah dari Universiti AL-Azhar di Mesir pada tahun 1972, dan seterusnya dianugerahkan ijzah doktor falsafah (Ph.D.) pada tahun 1977 dari Universiti St Andrews, Scotland. Beliau memulakan karier di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Ketua Jabatan Al-Qurβan dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam dan mengakhiri perjawatan beliau di UKM sebagai pensyarah di Fakulti Undang-undang.

Keterlibatan beliau dalam ABIM, beliau pernah dilantik sebagai YdP ABIM Daerah Hulu Langat, Ketua Biro Pendidikan ABIM Pusat (1983-1985), Pengerusi Biro Ekonomi KBI, Timbalan Presiden ABIM Pusat (1987-1995), Pengerusi Tahfiz, AJK Perintis Penubuhan TASKI dan terakhir sebagai Penasihat Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre. Beliau turut menjadi tulang belakang utama pembukaan Outreach Oasis di Bukit Bintang.

Pada Ijtimak Harakiy ke-7 WADAH-ABIM-PKPIM 2024, Dr. Abdul Halim menerima penganugerahan Tokoh Ummah pada Majlis Makan Malam & Pidato Melakar Nahdah Ummah yang disampaikan oleh Datoβ Seri Anwar Ibrahim.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menerima segala khidmat serta baktinya untuk umat.

Allahyarham Ustaz Dr. Abdul Halim El-Muhammady. Jenazah telah disolatkan di Masjid Teras Jernang selepas solat Isyak dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sg. Merab Luar.
