Ustaz Dr. Mohd. Arshad Taib kembali bertemu Sang Pencipta Rabbul Jalil

October 27, 2021
editor@abim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Almarhum Ustaz Dr. Mohd. Arshad Taib yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10:50 malam pada 26hb Oktober 2021 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Mantan pimpinan ABIM Pusat serta ABIM Selangor ini juga merupakan mantan Pengerusi WADAH Negeri Perlis serta mantan Pengerusi Syura Negeri (MSN) Perlis.

Guru dan da’ie yang banyak berjasa ini dikebumikan di Tanah Perkuburan di Jalan Santan, Kampung Santan, Perlis, bersebelahan kubur isteri yang dikasihi, Almarhumah Ustazah Fauziah Sani (Pendakwah dan Aktivis HELWA yang gigih berdakwah).

Hingga saat akhir hidupnya, Ustaz Arshad dan Ustazah Fauziah masih komited bersama perjuangan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP).

Ustazah Fauziah kembali ke Rahmatullah pada tengah malam 18hb Mei 2013 lalu di Kangar, Perlis.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo