Syeikh al-Muhaddith Dr. Ahmad Bamba, ulama’ terkenal Nigeria pulang ke Rahmatullah

January 24, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Syeikh al-Muhaddith Dr. Ahmad Mohammad Ibrahim Bamba pada 7hb Januari 2022.

Beliau juga masyhur dengan panggil ‘Dr. Ahmad BUK’ dan Syeikh ‘Qala Haddathana’ kerana terlalu banyaknya pembacaan hadith beliau.

Almarhum merupakan salah seorang ulama’ terkenal Nigeria di bandar Kano. Alumni Universiti Islam Madinah ini telah berdakwah dan menyampaikan ilmu tanpa henti sejak 40 tahun lalu melalui jawatannya sebagai pensyarah di Bayero University dan Pengerusi Darul Hadith, Tudun Yola, Kano.

Beliau adalah ulama’ pertama di Nigeria yang mengkhatamkan pengajian Kutub Sittah dalam pengajiannya, dan menterjemahkan al-Muwatta’ Imam Malik dalam bahasa Hausa. Diriwayatkan beliau meninggal dunia ketika sedang mengajar kitab Syarh al-Sunnah.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR