ABIM TUNTUT RAKAMAN PERBUALAN TELEFON ANTARA WARTAWAN DAN PRESIDEN ISMA SERTA PRESIDEN MUAFAKAT DIDEDAHKAN DALAM TEMPOH 48 JAM

February 3, 2015
editor-media

Merujuk kepada berita yang disiarkan di portal berita Malaysia Kini, Angkatan Belia Islam Malaysia amat memandang berat berita tersebut. Namun ABIM mengambil sikap berhati-hati tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Prof Tariq Ramadhan dalam ceramahnya di Persidangan Antarabangsa, Islam Rahmatan lil ‘alamin, menegaskan bahawa, akur kepada sebarang fatwa secara membuta tuli adalah bahaya dan boleh menimbulkan sikap taksub.

 

Beliau menyentuh perkara ini apabila berbicara berkaitan kekeliruan umat Islam akibat kejahilan mereka terhadap agama mereka sendiri yakni Islam. Kemalasan umat Islam untuk menuntut ilmu sekaligus berfikir lantas memegang fatwa atau pandangan ulama’ secara membuta tuli adalah amat berbahaya. Maka dengan ini, ABIM menuntut agar rakaman perbualan telefon antara Saudari Zulaikha Zulkifli (wartawan Malaysiakini), Tn Hj Abdullah Zaik dan Tn Hj Ismail Minha didedahkan bagi memberi keadilan kepada semua pihak termasuk Prof Tariq Ramadhan.

ABIM khuatir salah faham pihak pemberita, dalam memahami konteks, begitu juga salah faham dari soalan yang diajukan oleh pemberita terhadap Presiden ISMA dan Muafakat, berpotensi mengheret umat ke dalam perkelahian yang merosakkan. Namun ABIM juga masih belum mengambil apa-apa pendirian kerana perkara ini masih belum benar-benar jelas lagi. Sebagai sebuah portal berita yang berpengaruh, ABIM berpandangan Malaysiakini sentiasa menjunjung tinggi ketelusan laporan, sekaligus menjamin ketepatan laporan dan kebenaran berita yang disiarkan.

Maka, besarlah harapan ABIM kepada Malaysiakini bagi memenuhi permintaan ini dengan segera dalam masa kurang 48 jam bagi kebaikan semua pihak dan segala ikhtiar diucapkan terima kasih.

(Nota: Di atasdisertakan pautan petikan video berkaitan yang merujuk kepada salah satu soalan daripada para peserta)

Amidi Abd Manan, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo