GST Penuh Dengan Kekeliruan

April 29, 2015
editor-media

GST penuh dengan kekeliruan. Rakyat mencari dengan sabar manakah barangan yang dikatakan akan menjadi lebih murah. Rakyat tertanya-tanya dimanakah keadilan jika yang tidak berpendapatan pun perlu membayar cukai. Apabila bekas PM menimbulkan persoalan, dia dikatakan kurang faham.

Yang mendakwa dirinya faham pun tersilap apabila menyatakan kad prabayar telefon tidak dikenakan GST. Akhirnya pengguna terpaksa akur dengan kehendak kerajaan dan membayar GST. Dulu katanya, cas perkhidmatan bagi restoran dan hotel sebanyak 10% dihapuskan dan diganti dengan GST yang lebih rendah.

 

 

Tapi kini ia dikekalkan dan rakyat terpaksa membayar cukai 16% di restoran dan hotel berkaitan. Akur dengan implikasi GST maka mahasiswa dicadangkan memasak sendiri makanan. Pertanyaan rakyat dibalas dengan herdikan. Marahkan peniaga yang kononnya agen pembangkang dan dituduh mahu mensabotaj ekonomi negara.

Inikah layanan kepada rakyat yang mengamanahkan agar kehidupan warga Malaysia diuruskan dengan baik? Banyak pertanyaan timbul dan belum berjawab. Bila ditanya kita dikatakan terpengaruh dengan pembangkang. Tapi sedarkah kita ada yang bertanya itu adalah mereka yang terdiri daripada kalangan mereka sendiri?

Marilah kita melihat keluhan ini dengan ikhlas dan berlapang dada. Buktikan perkongsian denyut nadi dan jantung rakyat menerusi sikap yang betul. Keangkuhan bukan jawapan kepada kehidupan yang lebih baik.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo