Tabung Haji Milik Umat! Selamatkan Tabung Haji!

May 11, 2015
editor-media

11 Mei 2015:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Dato’ Jamil Khir Baharom. Memorandum ini mengandungi beberapa tuntutan untuk memulihkan reputasi Tabung Haji (TH). Salinan memorandum ini turut diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TH, Adi Azuan Ghazali. Berikut merupakan isi kandungan memorandum tersebut:-

  1. Mengembalikan TH kepada matlamat asal penubuhannya. Justeru, semua pihak yang terlibat dalam urus tadbir TH harus menguruskan amanah berdasarkan kepada objektif utama penubuhan TH demi untuk meringankan bebanan umat Islam untuk mengerjakan ibadat fardhu Haji. Membersihkan TH dari sebarang bentuk manipulasi 1MDB. Semua pengurusan tertinggi TH yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan 1MDB di pelbagai peringkat harus meletakkan jawatan. Ini adalalah untuk mengelakkan insiden seperti konflik kepentingan berulang kembali dalam transaksi TH di masa-masa mendatang.
  2. Meningkatkan kecekapan urus tadbir TH bagi mengembalikan keyakinan pendeposit. Oleh itu, Pengerusi Tabung Haji perlu untuk memikul seluruh tanggungjawab bagi memberikan gambaran yang tepat tentang kedudukan sebenar TH dalam isu ini. Pengerusi TH juga telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengelirukan apabila menyatakan penjualan semula Lot Tanah TRX dengan keuntungan RM5 juta. Sedangkan mengikut laporan mstaronline, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) membeli tanah tersebut dengan harga kira-kira RM 160 juta, 15% lebih murah. Keadaan ini diburukkan lagi apabila KWAP hanya diminta menjelaskan sebanyak 10% dari harga pembelian. Ini secara langsung memberikan kesan terhadap jumlah aliran tunai TH yang mana TH telah menjelaskan kepada 1MDB kesemua bayaran iaitu RM188.5 juta dalam masa singkat.
  3. Tuntutan ini adalah bertepatan dengan kuasa yang diberikan kepada Y.B. Dato’ Seri yang mengikut Akta Tabung Haji 1995, adalah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Y.B. Dato’ Seri, baik untuk meluluskan cadangan pelaburan Seksyen 4(3) dan 20(2), perlantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Seksyen 6(1)(d) bahkan untuk memecat Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Seksyen 6(5) serta mempastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sepertimana peruntukan Seksyen 9. 

 

 

[Tabung Haji] Tabung Haji Milik Umat! Selamatkan Tabung Haji! 11 MEI 205 / 22 REJAB 1436H MATLAMAT TABUNG HAJI…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Monday, 11 May 2015

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo