
Tajuk asal ialah Membongkar Agenda Gerakan LGBT di Malaysia. Sekali imbas tajuk buku nukilan Exco Undang-Undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail tampak seperti sebuah novel yang biasa terdapat di pasaran. Tapi buku ini bukan novel. Bukan khayalan. Atau fiksyen. Buku ini mengenai suatu hakikat kebenaran.
Buku yang serius dan penting kandungannya. Ia mengenai agenda gerakan LGBT di seluruh dunia. Bermula di Amerika Syarikat, Eropah dan ke Malaysia. Ia mengenai perjuangan di antara hak dan kebebasan. Ia adalah mengenai perjuangan di antara keaslian dan kepalsuan. Turut dibincangkan mengenai kesan dan implikasi pengiktirafan perjuangan serta cadangan penyelesaian.
Butiran mengenai buku ini: Harga RM18 sahaja. 208 halaman. Buku ini boleh kedai-kedai buku atau dari laman web PTS: http://pts.com.my
