
2 Julai 2015, Seremban:- ABIM Negeri Sembilan (ABIM NS) meneruskan lagi khidmat bakti Ramadhan dengan menyampaikan bantuan kepada asnaf. Alhamdulillah, ABIM NS menerima sumbangan orang ramai dan badan korporat bagi menyemarakkan lagi Ramadhan kali ini. Setiap tahun ABIM NS istiqamah meneruskan usaha menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
ABIM NS mengalu-alukan dan masih menerima mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan. Insya’Allah setiap sen yang disumbangkan akan sampai kepada mereka-mereka yang memerlukan. Sesungguhnya Ramadhan menawarkan ganjaran pahala yang begitu besar kepada sesiapa yang beramal dan bersedekah di bulan mulia ini. Marilah kita sama-sama menggembirakan saudara yang memerlukan di ramadhan kali ini. Selamat beramal di Bulan Ramadhan kareem.
