Presiden Raikan Hari Guru Bersama Warga Pendidik SERI & SEMI ABIM Kajang

May 16, 2016
editor-media

16 Mei 2016, SERI Sungai Ramal Dalam, Kajang:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim telah meluangkan masa untuk meraikan sambutan Hari Guru bersama seluruh warga pendidik SERI/SEMI ABIM Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Dalam perutusan bersempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, Mohamad Raimi antara lain mengatakan;

“Sesungguhnya pengorbanan masa, tenaga , keringat malah harta benda yang telah guru-guru curahkan memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Berhadapan dengan generasi anak-anak murid yang mencabar . Generasi Z dan alpha membuatkan kita lebih kraetif dan inovatif dalam mendidik. Namun kita percaya dan yakin , dengan iltizam dan semangat yang ada, para guru mampu untuk meneruskan misi dan visi rabbaniy seperti yang pernah diungkapkan oleh Ibn Abbas : Jadilah rabbaniyin iaitu orang-orang yang penyantun, bijaksan dan faham betul dengan agama. Rabbani yang dimaksudkan adalah yang mengurus dan mendidik manusia dengan pelbagi ilmu sejak awal usia lagi”.

ABIM menerusi Yayasan Takmir menguruskan rangkaian Institusi Pendidikan ABIM di seluruh negara yang antara lain setiap daripadanya melakar keistimewaanserta kejayaan yang berbeza di antara satu sama lain. Alhamdulillah; pencapaian ini diiktiraf serta menerima dukungan daripada masyarakat serta pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo