Mulakan Sohibul Qur’an Mulai Ramadhan Ini

May 30, 2016
editor-media

Amalan Tadarus dalam Masyarakat Melayu oleh Dr. Surul Shahbudin Hassan al- Hafiz

✅ Catatan awal tujuan TADARUS al-Qur’an adalah bagi mengkhatamkan al-Qur’an; tetapi yang lebih baik adalah yang disebutkan Rasulullah saw bagi menjadi seperti “al -Hal ar Murtahil” – iaitu Sohibul Qur’an (pembacanya) yang membaca al-Qur’an dari awal hingga ke akhirnya kemudian dari akhir ke awalnya semula; setiap kali selesai, ia akan memulakannya semula – [galakkan membaca dan mengkhatam Al-Qur’an secara berterusan].

✅ Anjuran tadarus dan khatam berkumpulan; seorang sejuzu’ sehari- dengan menghabiskan setiap satu juzu’ setiap satu orang setiap satu hari dari setiap ahli kumpulan.

✅ Ayat al-Qur’an menjelaskan 3 amalan yang akan dilimpahi pahala dan pengamalnya TIDAK AKAN RUGI mengerjakannya;

1. Orang yang selalu membaca al-Qur’an

2. Tekun mengerjakan Solat

3. Sentiasa bersedeqah ☝cukup baik untuk diamalkan bermula Ramadhan ini, in syaa Allah.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo