
31 Julai 2016, Kajang:- Dukacita dimaklumkan Saudara Ghazali Yusof YTP, aktivis ABIM,WADAH dan PKPIM serta institusi pendidikan jamaah telah meninggal dunia jam 8:05 pada 31 Julai 2016. Sepanjang hayat beliau, Allahyarham memulakan kariernya di Sekretariat ABIM Pusat (SAP) sebelum menabur bakti di beberapa agensi pendidikan yang dikelolakan ABIM menerusi Yayasan Takmir Pendidikan (YTP). Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, pada 1 Ogos 2016, sejurus sebelum solat Zohor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau di atas segala jasa dan kebaktian beliau di dalam dakwah. Al-Fatihah.
