
14 Ogos 2016, Seremban:-ABIM menerima kunjungan Majlis Belia Malaysia dalam Perlawanan Persahabatan Bolasepak yang diadakan di Sri Seremban ABIM. Skuad Bolasepak ABIM yang merupakan gabungan dari pemain ABIM Pusat serta ABIM Negeri Sembilan, telah berjaya mengalahkan MBM dengan jumlah gol 7 berbalas 5. Presiden Abim saudara Muhammad Raimi turut beraksi dan bertindak selaku arkitek jentera serangan ABIM.
Naib Presiden Saudara Ahmad Fahmi dan Ustaz Shazni turut mempamerkan kemahiran individu yang berjaya mengelirukan pemain lawan. Penjaring terbanyak kali ini jatuh kepada exco ABIM Negeri Sembilan saudara Faridh Omar yang menggegar jaring dengan melakukan hatrick. Penjaga gol kental saudara Kamarul menjadi hero kerana berjaya menyelamatkan cubaan bahaya pasukan MBM yang dibarisi oleh pemain piala Presiden dan SUKMA. YDP ABIM Negeri Sembilan, Dr ZUlkifli Hasan, berjaya juga menempa antara penjaring pada perlawanan kali ini dengan gol yang menarik. Pasukan MBM diketuai oleh saudara Jufitri Joha Naib Presiden MBM.
Perlawanan persahabatan ini berjalan dengan penuh semangat kesukanan. Majlis diakhiri dengan sesi pemberian hadiah. Sebelum ini gabungan pasukan ABIM (Pusat) dan ABIM Negeri Sembilan, juga telah menundukkan beberapa pasukan dalam perlawanan sebelum ini. Semoga perlawanan ini dapat merapatkan ukhuwah dan meningkatkan persefahaman. Terima kasih semua yang menjayakan perlawanan kali ini. SYABAS ABIM DAN MBM!
