Islamic Outreach ABIM Centre Lancar 135 Kotak Terrarium Sayur Organik di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Galakkan Orang Ramai Berkebun Sendiri

November 22, 2021
editor@abim

ISLAMIC OUTREACH ABIM CENTRE LANCAR 135 KOTAK TERRARIUM SAYUR ORGANIK DI PPR PINGGIRAN BUKIT JALIL, GALAKKAN ORANG RAMAI BERKEBUN SENDIRI

20hb November 2021 (Ahad): Alhamdulillah, menyedari kesan Wabak COVID 19 keatas miskin bandar, Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC) dengan kolaborasi Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil, telah mengambil inisiatif melancarkan 135 kotak terrarium IOAC dengan nilai keseluruhan RM24,300 di bawah penajaan PPB Group Berhad.

Juga dianjurkan, majlis graduasi kepada 13 orang pekebun awal yang telah lengkap tempoh 3 bulan, di bawah seliaan Unit ASNAF Community Development Program IOAC.

Menyedari kos sayuran tinggi khasiat seperti makan organik adalah tinggi dan diluar kemampuan golongan B40, IOAC telah melakukan kerjasama dengan PWD Smart Farmability Enterprise bagi membekalkan sayur-sayuran melalui kotak-kotak terarrium sayur yang digelar “Kotak Harapan.”

Kotak-kotak ini hanya memerlukan siraman dua kali seminggu, tidak memrlukan baja atau racun serangga, penjagaan yang minimum, sifar kos dan boleh berterusan menghasikan tuaian untuk tempoh anggaran dua tahun.

Di samping itu, 30 ekor ikan talapia merah diagihkan kepada para hadirin. Rata-rata yang hadir adalah pekebun dan bakal pekebun hijau IOAC.

Sehari sebelum itu, 90 pek sayur kangkung organik telah diagihkan.

Seiring dengan perkembangan kemajuan dalam teknologi agrikultur, orang ramai kini boleh mendapatkan sayuran bernutrisi, organik dan segar dengan begitu mudah dari kediaman masing-masing.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo