







ABIM DIIKTIRAF SEBAGAI SAHABAT PERPUSTAKAAN PPAS
4hb Disember 2021 (Sabtu): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kini diiktiraf sebagai Sahabat Perpustakaan (Friends of Library) oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Majlis penganugerahan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor sempena perasmian Pesta Buku Selangor kali ke-16, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Timbalan Presiden ABIM, al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Anwar Ismail telah tampil menerima pengiktirafan bagi pihak ABIM.
Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
