ABIM Adakan Pertemuan Dengan Wakil Kerajaan British Di Kuala Lumpur

November 12, 2015
editor-media

4 November 2015, ABIM telah dijemput untuk mengadakan pertemuan dua hala bersama Lord Tariq Ahmad, Setiausaha Bahagian Parlimen Pengangkutan dan Setiausaha Bahagian Dalam Negeri (Menteri Bagi Menangani Keganasan) Britain. Delegasi ABIM diketuai oleh Presiden ABIM, Sdr Mohamad Raimi Ab Rahim dan dihadiri oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Syahrir Azfar Al-Halabi Adli Zakuan dan Jufitri Bin Joha manakala pertemuan ini turut dihadiri oleh Vicky Treadwell, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Kuala Lumpur. Dalam pertemuan selama hampir satu jam tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan berkenan isu memerangi keganasan dan kerjasama yang boleh dijalankan bagi menangani masalah global ini. Sementara itu, Lord Tariq Ahmad menyatakan apresiasi dan penghargaan beliau di atas usaha ABIM dalam peranan yang aktif untuk memupuk kefahaman Islam, program antara penganut agama, misi bantuan kemanusiaan dan memberikan penerangan kepada belia Malaysia terhadap bahayanya terlibat dalam aktiviti keganasan ekstremis. Beliau berada di Malaysia bagi mewakili Kerajaan Britain dalam Forum Ekonomi Dunia Islam.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR