ABIM Akan Lancarkan Jelajah Daurah Usul Fiqh Ke Seluruh Sabah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Akan Lancarkan Jelajah Daurah Usul Fiqh Ke Seluruh Sabah

11 April – Pimpinan ABIM Sabah dan Pengurusan Home Tuaran bersama-sama mengadakan kunjungan hormat kepada SS Datuk Ustaz Bungsu Aziz Bin Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Likas. Turut serta adalah Ustaz Syafiq AtTauhidi yang memaklumkan bahawa ABIM akan menerbitkan buku terjemahan Usul Fiqh bagi 4 Mazhab yang beliau telah terjemahkan dan ABIM amat berterima kasih kepada SS Mufti atas kesudian memberikan ucapan kata pengantar bagi buku tersebut. SS Mufti juga akan memberikan kerjasama untuk Abim Pusat & ABIM Sabah mengadakan jelajah daurah kitab Usul Fiqh tersebut di seluruh negeri Sabah. Malah SS Mufti amat menggalakkn lebih ramai anak muda belia untuk aktif dalam penulisan dan penterjemahan kitab-kitab turath seterusnya menyampaikan mesejnya kepada masyarakat. “Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah”