ABIM & FGIS Sokong Usaha Galak Keharmonian Antara Agama - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM & FGIS Sokong Usaha Galak Keharmonian Antara Agama

2 Jun 2015:- Presiden ABIM, Amidi Abd Manan bersama delegasi Friendship Group Of Interfaith Services (FGIS) telah menghadiri majlis makan malam sempena perlancaran Christians for Peace and Harmony Malaysia. ABIM merupakan salah satu pertubuhan yang menggerakkan FGIS yang mempromosikan keharmonian antara agama menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta kesenian. Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah hadir ke majlis tersebut di mana delegasi FGIS sempat menemui beliau sebentar serta menyampaikan mesej agar keharmonian antara agama diperkukuhkan daripada sebarang anasir ekstremisme.