ABIM Gesa Kerajaan Malaysia Tarik Balik Rayuan Terhadap Isu Kewarganegaraan Anak-Anak Yang Dilahirkan Di Luar Negara Oleh Ibu Warga Malaysia

March 22, 2022
editor@abim

Kenyataan Media ABIM – 22 Mac 2022M / 18 Shaaban 1443H

ABIM MENGGESA KERAJAAN MALAYSIA MENARIK BALIK RAYUAN TERHADAP ISU KEWARGANEGARAAN ANAK-ANAK YANG DILAHIRKAN DI LUAR NEGARA OLEH IBU WARGA MALAYSIA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap isu pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia. Hak kewarganegaraan adalah pintu kepada hak mendapatkan pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain demi mencapai kualiti hidup di tanah air sendiri.

ABIM turut ingin menegaskan kekecewaan terhadap kerajaan atas kegagalan nyata dalam mengangkat dan melindungi hak dan martabat wanita sebagai setara dengan lelaki. Kerajaan sebaliknya telah memilih untuk melayan wanita sebagai warganegara kelas kedua dengan menafikan hak mereka untuk memberi kerakyatan buat anak mereka berbanding lelaki. Sedang peratusan populasi wanita adalah separuh dalam negara dan dunia, mana mungkin diberi separuh dari haknya. 

Isu ini tidak melibatkan isu keselamatan atau ancaman kepada negara, sebaliknya memberi kesan besar kepada kesejahteraan keluarga, serta akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan anak-anak. Cabaran para ibu ini turut difilemkan dalam filem pendek ‘Saya Juga Anak Malaysia’ yang telah dilancarkan semasa tayangan umum pertama di PJ Art, pada 20 Mac 2022.

Puan Aini, ibu warga Malaysia yang diterampilkan di dalam filem tersebut menyatakan bahawa cabaran terbesarnya ialah membesarkan dua orang anak yang masing-masing memiliki dua kerakyatan berbeza dan berkeperluan khas.

“Kebajikan anak saya yang bukan-warganegara bermasalah kerana anak kedua saya bukan warga Malaysia dan tidak memiliki kad OKU, tidak seperti anak pertama saya seorang rakyat Malaysia dan memiliki kad OKU, yang mana ianya penting untuk kemasukan sekolah dan untuk hal-hal kesihatan dan perubatan mereka. Walaupun mereka adik-beradik, saya menghadapi banyak cabaran untuk anak saya yang bukan-warganegara berkeperluan khas. Saya sangat bimbang kerana insuran kesihatan adalah salah satu syarat untuk mendapatkan pas pelajar untuk dia belajar di sekolah kerajaan mahupun swasta”.

Menurut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Oleh itu, tidak wajar bagi ibu warga Malaysia mengalami pelbagai kepayahan dan dinafikan hak bagi anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara hanya kerana mereka adalah wanita.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 September 2021 seharusnya diterima dan diimplementasikan sebaik mungkin. Keputusan ini memberi kesan kepada keyakinan diri anak-anak, serta menjamin peluang anak-anak mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang baik demi masa depan mereka yang lebih baik.

Kerajaan masih belum terlambat untuk menginsafi hal ini dengan menarik balik rayuan mereka sebelum kes ini didengari esok di Mahkamah Rayuan. Tidak bermakna slogan ‘Keluarga Malaysia’ tanpa pembelaan bagi setiap warganya.

Pada masa yang sama, ABIM mengajak orang ramai untuk mendirikan solat hajat pada mala mini selepas solat Isya’ khusus bagi mendoakan agar ada keadilan buat ibu-ibu dan anak-anak mereka yang terkesan.

* Fatin Nur Majdina Nordin (Naib Presiden ABIM) – Agenda Wanita, Keluarga dan Masyarakat (HELWA)

* Adli Zakuan Zairakithnaini (Naib Presiden ABIM) – Agenda Hak Asasi Manusia, Masyarakat Madani dan Kenegaraan (HAMMMKA)

#TarikBalikRayuan #SayaJUGAanakMalaysia


Media Statement – 22 March 2022M / 18 Shaaban 1443H

ABIM URGES THE MALAYSIAN GOVERNMENT TO WITHDRAW ITS APPEAL ON THE ISSUE OF CITIZENSHIP FOR CHILDREN BORN ABROAD TO MALAYSIAN MOTHERS

The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the Malaysian government to withdraw its appeal on the issue of granting Malaysian citizenship to children born abroad to Malaysian mothers. The right to citizenship is the gateway to the right to education, health services, and all other rights necessary for a dignified life in one’s homeland.

ABIM is disappointed with the government for its apparent failure to uphold and protect the rights and dignity of women as equal to men. The government has instead chosen to treat women as second-class citizens by denying them the right to grant citizenship to their children as opposed to men. Women make up half the population, and it is not right they only be given half of their rights.

These issues do not involve security or threats to the country, but have a major impact on the well-being of families, as well as access to health services and education. The challenge of these mothers was shown in the short film ‘Saya Juga Anak Malaysia’ which was launched at PJ Live Arts, Jaya One, on March 20th, 2022.

Puan Aini, the Malaysian mother featured in the film stated that her biggest challenge was to raise two children who each had two different nationalities and special needs.

“The welfare of my non-citizen child is problematic because my second child is not a Malaysian and does not have an OKU card, unlike my first child who is a Malaysian and has an OKU card, which is important for school admission and for health and medical matters. Even though they are siblings, I face many challenges for my non-citizen son with special needs. I am very worried because health insurance is one of the conditions to get a student pass for him to study in government or private schools.”

According to Article 8 of the Federal Constitution of Malaysia, all persons are equal before the law and are entitled to equal protection of the law. Therefore, it is not appropriate for Malaysian mothers to experience various difficulties and be denied the rights of their children born abroad just because they are women.

The decision of the High Court on 27 September 2021 should be accepted and implemented as best as possible. These issues affect children’s self-confidence, as well as determine children’s opportunities to get a good education and health services for a better future.

It is not too late for the government to do the right thing and withdraw their appeal before the case is heard tomorrow in the Court of Appeal. The slogan ‘Keluarga Malaysia’ does not mean anything if we do not stand up for all of our citizens, regardless of gender.

At the same time, ABIM invites the public to perform a solat hajat tonight after Isya’ prayers to pray for justice for the affected mothers and their children.

* Fatin Nur Majdina Nordin (Vice President of ABIM) – Women, Family, and Community Agenda (HELWA)

* Adli Zakuan Zairakithnaini (Vice President of ABIM) – Agenda for Human Rights, Civil Society and National Affairs (HAMMMKA)

#TarikBalikRayuan #SayaJUGAanakMalaysia

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR