
KENYATAAN MEDIA
ABIM GESA MALAYSIA SEBAGAI PENGERUSI ASEAN BERTINDAK DAMAIKAN KETEGANGAN THAILAND–KEMBOJA
24 Julai 2025 / 28 Muharram 1447H
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius ketegangan yang semakin memuncak antara Kerajaan Thailand dan Kemboja, khususnya insiden pertempuran bersenjata di kawasan sempadan berhampiran Preah Vihear dan Prasat Ta Muen Thom. Konflik ini telah meragut nyawa orang awam termasuk kanak-kanak, selain menjejaskan kestabilan dan keselamatan rantau ASEAN secara menyeluruh.
ABIM menzahirkan rasa dukacita dan keprihatinan mendalam terhadap kehilangan nyawa serta kemusnahan yang berlaku khususnya melibatkan orang awam yang tidak berdosa akibat daripada tindakan ketenteraan yang semakin tidak terkawal.
ABIM berpandangan bahawa kenyataan saling menyalahkan antara kedua-dua negara tidak akan menyumbang kepada penyelesaian, malah hanya akan memburukkan lagi ketegangan yang sedia ada. ASEAN perlu tampil dengan peranan yang lebih aktif, berani dan berwibawa dalam merintis jalan keluar secara damai, adil dan bermaruah.
ABIM turut mengambil maklum dan menyambut baik inisiatif awal yang telah diusahakan oleh YAB Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim termasuk pendirian beliau yang menekankan keperluan penyelesaian diplomatik dan pengukuhan prinsip kejiranan baik dalam kalangan negara ASEAN. Namun demikian, perkembangan mutakhir menuntut tindakan susulan yang lebih tegas, bersepadu dan berhikmah.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral dan strategik untuk memperkukuh prinsip keamanan, keadilan dan penyelesaian tanpa kekerasan, seperti yang termaktub dalam ASEAN Charter dan Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC).
Sebagai rantau yang selama ini menjadi model terbaik dunia dalam soal keamanan dan integrasi serantau, ASEAN tidak boleh membiarkan konflik ini menjadi titik kelemahan yang mencemarkan reputasinya. Krisis Thailand dan Kemboja ini tidak wajar menjadi penghancur kepada legasi keamanan yang telah dibina bersama selama puluhan tahun.
ABIM percaya bahawa keamanan serantau hanya akan terjamin apabila negara-negara ASEAN menjunjung prinsip penyelesaian damai, mengelakkan keganasan, serta memperkukuh kesepaduan rantau yang berteraskan solidariti, saling percaya dan nilai bersama.
“Menegakkan Kebenaran dan Keadilan.”
Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
…
MEDIA STATEMENT
ABIM URGES MALAYSIA AS ASEAN CHAIR TO MEDIATE THAILAND–CAMBODIA TENSIONS
24 July 2025 / 28 Muharram 1447H
The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) expresses deep concern over the escalating tensions between the Governments of Thailand and Cambodia, particularly the armed clashes along the border near Preah Vihear and Prasat Ta Muen Thom. The conflict has claimed civilian lives, including children, and threatens the overall stability and security of the ASEAN region.
ABIM expresses sorrow and deep concern over the loss of life and destruction, especially involving innocent civilians caught in the crossfire of increasingly unrestrained military actions.
ABIM believes that the exchange of blame between the two nations will not contribute to a solution and will only worsen the existing tensions. ASEAN must take on a more active, courageous, and authoritative role in forging a peaceful, just, and dignified resolution.
ABIM acknowledges and welcomes the initial efforts made by the Honourable Prime Minister, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, including his firm stance on the need for diplomatic solutions and the reinforcement of good neighbourly principles among ASEAN nations. However, recent developments call for more decisive, coordinated, and prudent follow-up actions.
As the 2025 ASEAN Chair, Malaysia bears both a moral and strategic responsibility to uphold the principles of peace, justice, and non-violent resolution as enshrined in the ASEAN Charter and the Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia (TAC).
As a region that has long stood as a global model for peace and regional integration, ASEAN cannot allow this conflict to become a stain that undermines its hard-earned reputation. The Thailand–Cambodia crisis must not be the undoing of the decades-long legacy of regional peace.
ABIM firmly believes that regional peace can only be sustained if ASEAN nations uphold the principles of peaceful resolution, reject violence, and strengthen regional unity grounded in solidarity, mutual trust, and shared values.
“Upholding Truth and Justice.”
Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
President
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
