ABIM Jadi Peguam Pemerhati Untuk Kes LGBT Di Mahkamah Persekutuan

August 14, 2015
editor-media

13 Ogos 2015, Istana Keadilan, Putrajaya:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi Grup Peguam ABIM (GPA) telah diberikan kepercayaan sebagai peguam pemerhati untuk kes penting di Mahkamah tertinggi negara yang boleh mengubah landskap perundangan di Malaysia, iaitu: Kes 3 orang Mak Nyah yang mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, iaitu peruntukan yang menjadikan perbuatan dan amalan golongan ini berkelakuan seperti wanita sebagai kesalahan jenayah syariah sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Barisan peguam diketuai oleh Tuan Haji Sulaiman Abdullah dan Tuan Haji Hanif Katri, selain beberapa peguam yang lain yang berdedikasi. Grup Peguam ABIM (GPA) diwakili Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dan Khairul Anwar Ismail (Ketua Koordinator GPA). Tarikh baru akan diberikan kemudian untuk panel 5 orang hakim memberikan keputusan mereka. Moga-moga Allah SWT mengurniakan kemudahan buat semua pihak, insya’Allah.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR