
4/7/2015. Flat Impian Emas:- ABIM Johor Team Myvi Johor ke Flat Impian Emas utk edar sumbangan kepada 2 buah keluarga iaitu keluarga Pn. Naimah & En. Ahmad yang hidup dlm serba kekurangan dan kedua-dua mereka mempunyai 6 orang anak yg masih kecil dan bersekolah. Dengan kadar pendapatan yang tak seberapa: En. Ahmad hanya bekerja sebagai tukang sapu di kawasan flat tersebut dengan kadar gaji RM600 sebulan. Dengan gaji sebegitu dia perlu menghantar 4 anak yang bersekolah dan menyara keluarga.
Anak bongsunya akan dibedah pada bulan 9 tahun ini kerana mengidap sakit angin pasang. Sesi kali de kelainan kerana bukan sahaja kami hantar brg sumbangan sahaja malah Team Myvi bersama kami telah mengemas rumah mereka. Penerima menerima tikar getah dan langsir baru buat rumah mereka kerana sebelum ini hanya duduk atas lantai simen je semata tanpa langsir.
Seterusnya perjalanan sesi penyampaian semalam juga, 4/7/2015 bersama Team #Myvi Johor.Kami bersama-sama Team Myvi…
Posted by ABIM Johor on Saturday, 4 July 2015
Moga Ramadhan & Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat mereka..Tiada kata yang mereka dapat ucapkan selain bersyukur kepada Allah atas sumbangan yg mereka tidak jangka utk terima tahun ini. Berterima kasih juga kepada semua penyumbang, kerana tanpa anda mereka tidak akan dapat merasa semua ini. Team Myvi bersama kami dari ABIM Johor membawa kedua-dua keluarga ini berbuka puasa bersama.
