ABIM Kelantan Raih Tempat Ketiga dalam APBN 2021 di Kota Bharu

November 13, 2021
editor@abim

ABIM KELANTAN RAIH TEMPAT KETIGA DALAM APBN 2021 DI KOTA BHARU

9hb November 2021: Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada ABIM Kelantan yang memenangi Tempat Ketiga (Kategori Pertubuhan Belia) dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2021.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Hj. Ahmad bin Yakob bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada seluruh belia di Kelantan untuk mencontohi kepimpinan serta kesungguhan ABIM Kelantan dalam menggerakkan pertubuhan belia. Juga, semoga ABIM Kelantan dapat mengekalkan momentum kejayaan serta meningkatkan usaha ke arah mencapai misi dan matlamat organisasi pada masa hadapan.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#MenggerakBelia #DekadIniDekadAnda #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR