ABIM KL AGIH SUMBANGAN KEPADA 788 PENERIMA

June 30, 2016
editor-media

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang dalam Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) peringkat ABIM Wilayah Persekutuan bagi tahun 2016. Berikut adalah jumlah sumbangan yang telah diperoleh dan diserahkan kepada mereka yang memerlukan. Jumlah Keseluruhan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2016 Peringkat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan. Jumlah Penerima: 788 Buah Keluarga Jumlah Duit Raya: RM30,450.00 Jumlah Nilai Beras: RM9,906.00 Jumlah Keseluruhan: RM40,356.00 *Penerima adalah golongan ASNAF yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan segala maklumat mereka akan diserahkan kepada pihak BAITULMAL/ZAKAT dan JKM untuk tindakan susulan. Terima kasih dan tahniah kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah membantu menjayakan usaha murni ini. Semoga Allah berikan kita semua kebaikan di dunia dan di akhirat. Tangan Dihulur, Bakti Ditabur.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo