ABIM & Komuniti Melayu Cocos Meterai Usahasama Dua Hala

August 4, 2017
editor-media

3hb Ogos 2017 (Khamis): Alhamdulillah, ABIM hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama delegasi komuniti Melayu Cocos (Keeling) Islands Australia dan pimpinan utama Cocos Islands Cooperative Society Ltd. Delegasi ini asalnya telah mengadakan pertemuan di Sekretariat ABIM Pusat pada 5hb Disember 2016. . Mereka kini dalam rangka membina jaringan dan meneroka bidang pendidikan, produk Halal serta kewangan Islam untuk dibangunkan bagi masyarakat Melayu Cocos.  

Terdahulu, Saudara Mohd Shazni Abdullah (kini Ketua Biro Dakwah ABIM), pernah bertugas di Pulau Cocos, Australia dalam misi menyampaikan dakwah di sana. . Penduduk Melayu Cocos datang daripada berbagai negeri dari Alam Melayu-Nusantara. Wilayah luar Australia ini terletak 350 km dari pantai selatan Pulau Jawa, 1500 km dari Johor dan sejauh 3000 km dari pantai terdekat di tanah besar Australia.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR