ABIM Kunjungi Presiden PAS - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Kunjungi Presiden PAS

8 Ogos 2014, Marang, Terengganu: Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah menziarahi Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di rumahnya di Rusila, Marang. Ziarah ini diadakan untuk bertanyakan perkembangan kesihatan beliau yang sedang menjalani rawatan jantung. Tuan Guru Haji Abdul Hadi merupakan Mantan Yang Di Pertua ABIM Terengganu sekitar 1970-an.

 

Sepanjang kunjungan ini, presiden serta anggota delegasi rombongan sempat bertukar-tukar pandangan berkaitan isu-isu terkini umat Islam sedunia bersama beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik. Di samping menguraikan analisa yang lengkap, menyeluruh dan komprehensif, Ayah Chik turut menitipkan pesanan agar generasi muda dalam gerakan Islam sentiasa berusaha menjalinkan hubungan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia dan cekap membaca situasi semasa.

Tiada jalan mudah dalam perjuangan. Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah manusia. Segarkan dakwah, hanya dakwah yang dapat membawa kemenangan kepada umat Islam. Sepanjang pertemuan tersebut, beberapa bidang yang boleh memperkukuhkan kerjasama Pas dan ABIM turut diteroka. Di penghujung ziarah, Presiden Menghadiahi buku-buku terbitan ABIM, termasuk buku Hudud: Cabaran dan Pelaksanaan. Di dalam buku tersebut ada artikel dari beliau berkaitan isu pelaksanaan hudid di Malaysia. Turut hadir mewakili ABIM dalam pertemuan tersebut, Naib Presiden ABIM, Khairul Mohd Munir dan Saudara Zukiefree Ibrahim, Yang Di Pertua ABIM Terengganu.