
1 Julai 2026 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), yang diwakili oleh Presiden, Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama wakil UNHCR iaitu Adli Zakuan Zairakithnaini manakala Mohd Khairul Anuar (Presiden) dan Wan Fadhilah Wan Ibrahim (Ketua Pegawai Operasi) mewakili Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Pertemuan bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta membincangkan potensi kerjasama strategik antara pihak Mufti, UNHCR, dan pertubuhan masyarakat sivil dalam usaha memperkasakan agenda kemanusiaan pada masa hadapan.
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
