
24 Jun 2026 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke pejabat Yayasan Taqwa yang terletak di Bangunan PERKIM. Pertemuan strategik ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah serta meneroka ruang-ruang kolaborasi baharu antara kedua-dua organisasi dalam mendepani cabaran semasa umat.
Dalam pertemuan tersebut, ABIM berkesempatan membentangkan agenda gerakan serta hala tuju terkini dalam memperkasakan masyarakat. Perbincangan turut menyentuh peranan ABIM sebagai rakan sinergi dalam menyokong aspirasi Yayasan Taqwa.
ABIM komited bersama Yayasan Taqwa untuk meneruskan agenda pembangunan umat melalui program-program yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.
ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ruang dan peluang perbincangan yang diberikan. Semoga kerjasama yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih padu dan berkesan dalam membina masyarakat yang sejahtera dan berteraskan nilai-nilai Islam.
