
30 Jun 2026 – Alhamdulillah, delegasi ABIMedik yang diketuai oleh Pengarah Hospital Pakar al-Islam, Dr. Ishak bin Mas’ud, telah mengadakan pertemuan rasmi bersama YB Menteri Kesihatan, YB Dr. Dzulkefly Ahmad di Putrajaya.
Pertemuan ini memberi tumpuan mengenai isu mekanisma dan pelaksanaan Skim Insurans Kesihatan Nasional serta usaha memperkukuh penerapan konsep Hospital Mesra Ibadah di fasiliti-fasiliti kesihatan.
Sebagai langkah susulan, ABIMedik akan menganjurkan sebuah seminar pada bulan Ogos ini sebagai platform memperincikan lagi dapatan serta cadangan yang telah dibincangkan, dengan melibatkan penyertaan pakar bidang dan institusi berkaitan bagi memperkasakan sistem penjagaan kesihatan negara.
Jumpa di seminar Ogos ini!
