ABIM Mesir Anjur Diskusi Memahami LGBT - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Mesir Anjur Diskusi Memahami LGBT

Pada 5 April 2016, ABIM Zagazig pula telah menganjurkan Diskusi Umum siri ke 4 yang mengangkat tajuk ‘Memahami LGBT’, kupasan buku Suami Gay Isteri Mak Nyah hasil karya Sdr Mohd Khairul Anwar Ismail. Program yang bermula pada pukul 6.30 malam dan berakhir pada pukul 9.30 malam ini telah disertai seramai 50 orang para peserta. Tajuk ini dibentang oleh YDP ABIM Mesir cawangan Zagazig, Sdr. Syaufiq Effendy Ngaliman dan juga SUK ABIM Mesir cawangan Zagazig, Sdr. Asyraf Yusoff. Buku yang mengandungi 8 bab ini secara komprehensif telah menyentuh banyak aspek mengenai LGBT; daripada sejarah, asal usul dan perjuangan gerakan LGBT secara global dan juga lokal, sehinggalah kepada perspektif Islam dan tawaran penyelesaian terhadap isu ini.