ABIM Mula Agihkan Sumbangan Ramadhan; Sasar Bantu 10,000 Penerima - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Mula Agihkan Sumbangan Ramadhan; Sasar Bantu 10,000 Penerima

12 Jun 2016, Selayang:- ABIM telah menyalurkan bantuan kepada 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Sungai Kertas, Selayang, Selangor. Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras ini telah disampaikan oleh Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim. “ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat. Sumbangan ini boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam (1402-3010-0305-52 ). ABIM mensasarkan sumbangan minimum bernilai RM 80 kepada setiap penerima,” jelas Mohamad Raimi sambil menjelaskan bahawa selain daripada sumbangan beras,

ABIM juga mensasarkan sumbangan dalam bentuk barang-barang keperluan asas seperti gula, tepung, susu serta bahan-bahan makanan lain. “Selain daripada itu, ABIM juga mengalukan-alukan masyarakat untuk menyumbang di 122 cawangan ABIM di seluruh negara.” tambah beliau lagi sambil menjelaskan ABIM mensasarkan sumbangan kepada 10,000 penerima di seluruh negara.