ABIM NS Anjur Program Cinta Remaja - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM NS Anjur Program Cinta Remaja

13 Jun 2015:-Helwa ABIM Negeri Sembilan telah menganjurkan Seminar Cinta Remaja untuk pelajar sekolah yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durrah Seremban Negeri Sembilan. Seminar bertemakan cinta remaja ini bertujuan mendidik remaja agar memelihara diri dan sentiasa memastikan syariat diutamakan dalam setiap perkara. Pengisian diharapkan akan menjadi pencetus kepada semangat untuk lebih meningkatkan ilmu pengetahuan dalam proses memajukan diri keluarga masyarakat negara dan umat.