ABIM Pahang Anjur Bengkel Memahami Manhaj Maliziy

August 25, 2014
editor-media

23 Ogos 2014, Kuantan, Pahang Darul Makmur:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang telah menganjurkan Bengkel Memahami Manhaj Maliziy. Program ini diadakan sebahagian daripada pengisian Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-IKATAN Negeri Pahang. Bengkel ini diadakan ke arah mengukuhkan kefahaman penggerak ABIM mengenai Manhaj Maliziy di dalam menghadapi pelbagai persoalan semasa di negara ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, mengimbau tanggungjawab madrasah WADAH-ABIM-PKPIM dalam melahirkan individu-individu berkualiti dan meninggalkan impaks kepada masyarakat dan negara. Beliau merujuk kepada perumpamaan yang dikemukakan Almarhum Muhammad Al-Ghazali, yang merujuk kepada kualiti generasi para sahabat yang menerima tarbiyyah di Masjid Nabawi yang sederhana (di zaman permulaan Islam).

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo