ABIM Perak Anjur Program Belia Berselawat di Ipoh

December 3, 2021
editor@abim

ABIM PERAK ANJUR PROGRAM BELIA BERSELAWAT DI IPOH

26hb November 2021: Alhamdulillah, bersempena sambutan Hari Belia Negara, Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak serta Masjid Al-Abidin Kampung Pasir Puteh dengan kerjasama ABIM Perak, MBN Perak, Pondok Mahabatul Ummah dan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) telah menganjurkan Program Belia Berselawat, di Ipoh.

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Saifuddin, Yang DiPertua ABIM Negeri Perak turut menyampaikan ceramah mengenai peranan belia pada malam tersebut. Kumpulan Qasidah Shoutul Bakriah daripada Pondok Mahabbatul Ummah, Ipoh, dijemput bagi mempersembahkan Alunan Qasidah dan Selawat. Semoga segala kerjasama yang erat dan padu ini terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.


Manusia sangat memerlukan syafaat apabila mereka dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak. Tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Syafaat bererti memohon pertolongan pada saat memasuki syurga Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ada beberapa syafaat yang boleh diperoleh manusia dan salah satunya adalah syafaat daripada Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Itu adalah syafaat terbesar diberikan kepada Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.” Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam juga berpesan bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga.” (Surah al-Mudatthir, ayat 48).

Dalam satu hadith, Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani).

Daripada Anas bin Malik radiyAllahu ‘anhu pula, beliau berkata bahawa Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya  sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta di tinggikan baginya  sepuluh darjat di syurga kelak.” (Hadith Riwayat Ahmad, Nasa’ie dan Al-Hakim).

Sementelah, daripada Abdullah bin ‘Amr radiyAllahu ‘anhu, bahawa Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah Subhanahu wa-Ta’ala akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim).

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR