
Setakat 10 Ramadhan 1436H, sudah 275 keluarga menerima manfaat sumbangan Infaq Dan Prihatin rakyat Malaysia sempena dengan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) dan Sekotak Kurma yang dianjurkan di seluruh negeri Sabah. Sumbangan setakat ini telah disampaikan sekitar Lahad Datu, Sandakan, Beluran, Telipol Darat, Ranau, dan Putatan. Untuk tahun ini ABIM Sabah mensasarkan penyampaian sumbangan berterusan untuk mencapai sasaran 2000 keluarga/penerima di seluruh negeri Sabah. Segala sumbangan daripada masyarakat prihatin amat dialu-alukan.
