ABIM SABAH ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM ASPIRASI BANGSA MALAYSIA DI KK

August 29, 2022
editor@abim

ABIM SABAH ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM ASPIRASI BANGSA MALAYSIA DI KK

13hb Ogos 2022: Alhamdulillah, bertempat di Raia Hotel, Kota Kinabalu, Sabah telah berlangsung Majlis Makan Malam Aspirasi Bangsa Malaysia. Tahniah kepada ABIM Sabah atas inisiatif mengadakan program yang sangat bermanfaat khususnya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang tanggungjawab dan peranan dalam membangunkan negara seiring dengan cabaran dunia tanpa sempadan.

Dalam majlis ini turut diperdengarkan sebuah pidato bertajuk “Belia dan Aspirasi Bangsa Malaysia” yang disampaikan oleh Sdra. Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM Pusat) yang mewakili Presiden, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz. Semoga usaha murni ke arah pembangunan insan ini mencapai objektif yang dicita-citakan dan memberi manfaat kepada semua khususnya para belia selaku harapan bangsa dan benteng negara.

Turut hadir bersama adalah Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA); Datuk Sapawi Ahmad; Sdra. Iman Ali (Setiausaha Agung); Tuan Hj Sainuri Yahmin (Bendahari Agung); dan Tuan Hj Jamawi Jaafar (Ketua Belia).

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR