ABIM Sabah Lancar Kempen Derma Kilat Untuk Mangsa Kebakaran Di Likas - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Sabah Lancar Kempen Derma Kilat Untuk Mangsa Kebakaran Di Likas

Bantuan Kemanusiaan oleh Infaq Dan Prihatin membawa misi bantuan kepada Mangsa Kebakaran Kg. Gusung, Likas. Bantuan awal ini akan diteruskan secara berperingkat membantu mangsa yang ditempatkan di dewan kampung.

Difahamkan 37 keluarga melibatkan 212 orang mangsa kehilangan tempat perlindungan. Bantuan pakaian, sumbangan kewangan, makan minum, khemah, bahan mandi, keperluan asas lain masih diperlukan memandangkan kondisi mangsa yang masih belum stabil.

Sumbangan daripada masyarakat amat diperlukan. Salurkan bantuan anda kepada kami melalui tunai atau deposit ke bank dana kumpulan Infaq Prihatin, untuk kami agih dan sampaikan kepada mangsa bencana kebakaran. Terima kasih.

Salurkan sumbangan anda ke akaun Infaq dan Prihatin melalui:

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)

2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)