ABIM: Selamat Menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa. - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM: Selamat Menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Mewakili barisan kepimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada 5 Disember setiap tahun. Sesungguhnya ABIM sebagai sebuah organisasi belia Islam amat menghargai sumbangan setiap individu yang tampil sebagai sukarelawan dalam aktiviti dan gerak kerja ABIM di setiap peringkat. Sumbangan kalian telah meletakkan organisasi ABIM berada di kedudukanya yang strategik pada hari ini dalam konteks menawarkan khidmat bakti di pelbagai bidang buat umat, merentas batas sempadan. ABIM mengambil kesempatan ini menyeru agar para pelajar, mahasiswa, belia, beliawanis dan individu prihatin yang berada di luar sana untuk mengembeleng semangat kesukarelawan dalam jiwa dan diri anda. Aktiviti kesukarelawan dan khidmat masyarakat bukan sahaja dituntut oleh ajaran-ajaran penting dalam setiap agama, bahkan manfaatnya terhadap pembangunan rohaniah, emosi, jasmani dan kesejahteraan diri serta negara pastinya memberikan kepuasan diri yang tidak tergambar dengan kata-kata! Tampillah sebagai sukarelawan ABIM. Kami memerlukan anda. Ayuh kita buktikan bahawa sukarelawan mampu mengubah dunia! Selamat Hari Sukarelawan! Mohamad Raimi Ab.Rahim Presiden ABIM